Semasa

Kerajaan beriltizam penuhi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Kerajaan Perpaduan bertekad memenuhi iltizam dan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk membawa Malaysia mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam satu sidang media pada Rabu berkata, hasrat menjunjung titah Seri Paduka Baginda itu dizahirkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Kabinet diadakan semalam.

“Kerajaan Madani menyokong sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Sultan Ibrahim yang ingin melihat negara ini meneruskan tadbir urus yang baik, telus, memacu ekonomi dan menumpukan segala usaha terhadap penaiktarafan hidup rakyat.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar, kerajaan Madani akan terus tekad dalam memenuhi hasrat dan iltizam yang telah dititahkan oleh baginda,” katanya Fahmi yang juga jurucakap bagi kerajaan.

BACA LAGI: PM Anwar ajak bersama raikan permulaan tampuk pemerintahan bersama Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara pada Rabu.

Baginda menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Jan 2019.

Related Articles

Back to top button