Negeri

Pembangunan Wilayah Persekutuan akan ambil kira impak kesejahteraan penduduknya – Menteri

Kerajaan akan memastikan pembangunan di Wilayah Persekutuan akan bergerak seiring dengan pembangunan sosial dan ekonomi penduduknya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, selain itu Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi akan sentiasa mengambil kira impak ke atas kesejahteraan dan keselesaan rakyat dalam setiap usaha pembangunan Wilayah Persekutuan

“Seiring dengan hasrat yang dizahirkan oleh Kerajaan pada hari ini melalui agenda Malaysia Madani, pembangunan Wilayah Persekutuan menitikberatkan nilai-nilai manusiawi dalam penggubalan dasar.

“Ini merangkumi usaha pemerkasaan ekonomi warga, terutama golongan miskin tegar dan miskin, pembinaan rumah mampu milik Residensi Madani serta pemerkasaan penjaja dan peniaga kecil melalui usaha menaik taraf fasiliti gerai-gerai,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya pada Khamis.

BACA LAGI: PH Labuan serah memorandum kepada menteri, ketengahkan beberapa isu penting

Mengulas lanjut Dr Zaliha berkata, pelbagai elemen termasuk aspek keselamatan, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan, persekitaran hijau, komuniti yang inklusif, perancangan dan pengurusan tanah yang mampan turut akan diambil kira.

Ia termasuklah juga aspek pengukuhan tadbir urus bandar.

Sementara itu Dr Zaliha berkata, kerajaan akan menjadikan pencapaian dan kemajuan pesat yang telah dikecapi oleh Wilayah Persekutuan selama lima dekad pertama sebagai inspirasi untuk meningkatkankan pembangunannya selaras dengan tema ‘Wilayah Madani, Rakyat Harmoni’.

Related Articles

Back to top button