Sukan

Penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim daripada padang ke dunia lakonan

Penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim akan muncul sebagai pelakon dalam sebuah filem terbitan Estrada Sport Agency tidak lama lagi.

Estrada merupakan sebuah syarikat penjenamaan atlet yang menguruskan kerjaya bagi 18 pemain bola sepak tanah air.

Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Estrada, Azrin Malek dalam wawancara bersama program Nadi Arena di saluran Youtube Astro Arena pada Jumaat.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang dalam perancangan ke arah bekerjasama menerbitkan sebuah filem.

“Untuk pengetahuan semua kita akan ada kejutan tidak lama lagiā€¦ pihak saya akan terbit filem dan Faisal Halim Insya-Allah akan berlakon,” katanya.

Azrin berkata, tiada sebarang halangan untuk pemain bola sepak terjun ke layar perak selagi masih berada dalam ekosistem yang sama.

Terdahulu, Faisal Halim akan terus menjadi nadi buat Selangor FC (SFC) selepas pemain lincah itu kekal bersama The Red Giants bagi musim 2024/25.

Pemain berusia 26 tahun itu muncul antara pemain tempatan paling menyerlah apabila meledak 13 gol dan melakar 11 bantuan gol dalam 28 penampilan pada musim pertamanya bersama pasukan Lembah Klang itu.

Dengan 12 gol yang diledak dalam saingan Liga Super, pemain yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ itu dinobatkan sebagai penjaring terbanyak tempatan bagi Liga Super.

Berdasarkan prestasi cemerlangnya pada musim lalu, SFC sudah tentu mengharapkan prestasi sama dapat diteruskan apatah lagi mereka akan berentap dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada musim baharu nanti.

Related Articles

Back to top button