Negeri

Selangor teruskan insiatif pengeculian cukai taksiran kediaman kampung

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan KEADILAN terus melaksana pelbagai inisiatif bagi menjaga kebajikan rakyatnya.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim pada Jumaat mengumumkan pengecualian cukai taksiran bagi pemilik kediaman kampung daripada golongan yang memerlukan serta berpendapatan sederhana di negeri itu akan diteruskan.

Melalui satu kenyataan, Ng berkata pemilik kediaman boleh membuat permohonan bagi pengeculian itu bermula 1 Mac ini.

“Bagi memastikan program itu berjalan lancar, proses akan dimulakan dengan pengeluaran bil secara fizikal pada akhir Februari ini oleh setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada pemilik kediaman kampung.

“Pemilik kediaman kampung yang menepati syarat kelayakan boleh memohon bermula 1 Mac hingga 31 Mei depan dan setiap keputusan permohonan boleh disemak mulai 1 Sept,” jelasnya.

BACA LAGI: Selangor dan Sabah bincang potensi jalin kerjasama dalam bidang keterjaminan makanan

Mengulas mengenai syarat kelayakan, Ng berkata, pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Selangor dan pemilik (rumah) berdaftar kediaman kampung dengan keluasan rumah kampung 2,000 kaki persegi dan ke bawah dengan pendapatan bulanan isi rumah hendaklah RM5,000 dan ke bawah serta pemohon hanya layak untuk masing-masing satu akaun dan rumah sahaja.

“Pusat khidmat masyarakat bersedia membantu mempercepatkan proses permohonan yang akan dibuat secara dalam talian atau fizikal,” katanya.

Sementara itu jelasnya, sejak inisiatif itu diperkenalkan, sebanyak 745,790 unit telah diberikan pengecualian dengan peruntukan RM91.498 juta

Pada tahun lalu, sebanyak 100,000 pemilik kediaman kampung di seluruh negeri itu mendapat manfaat melalui pengecualian cukai taksiran dengan impak kewangan sebanyak RM11.551 juta.

Related Articles

Back to top button