Semasa

Pasukan khas ditubuhkan selaras semula sistem prasekolah – Fadhlina

Sebuah pasukan khas untuk menyelaras semula sistem pendidikan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan diwujudkan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, agenda utama penubuhan pasukan khas itu untuk memastikan memastikan kurikulum dan juga isu-isu berkaitan prasekolah termasuk dari segi pembelajaran serta silibus diselaras bagi mempercepat reformasi pendidikan.

“Mesyuarat jawatankuasa khas ini sudah berlangsung dan perkembangannya kita akan maklumkan dari semasa ke semasa.

“Dalam Jawatankuasa ini, antara lain yang dibincangkan ialah termasuk hal berkaitan peluasan prasekolah, kualiti pendidikan yang menjadi sebahagian daripada agenda reformasi pendidikan,” katanya.

Fadhlina berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Bersama Lembaga Pengelola Sekolah Pulau Pinang (LPS) dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) negeri Pulau Pinang di Nibong Tebal pada Sabtu.

BACA LAGI: PM arah semak semula sistem prasekolah, mahu asas pendidikan negara diperbaiki

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pertengahan Januari lalu menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) melihat semula sistem prasekolahan dengan memastikan kemudahan tambahan diberi perhatian.

Prasekolah jelasnya perlu bermula dengan asas untuk menambahbaik sistem pendidikan negara.

Related Articles

Back to top button