Semasa

Dr Wan Azizah serah bantuan, sempena sambutan Tahun Baharu Cina

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Selasa menyerahkan bantuan RM100 serta mengagihkan limau Mandarin kepada lebih 1,000 penduduk terutama warga emas kaum Tionghua di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen kawasan itu menyerahkan bantuan itu sebagai meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, minggu depan.

Ditemui pemberita pada majlis tersebut beliau berkata, sumbangan diberikan bertujuan meringankan beban kos sara hidup golongan memerlukan terutama kumpulan miskin bandar.
tap di Bandar Tun Razak.

“Bandar Tun Razak memang ramai yang miskin bandar, ditambah dengan bilangan warga emas yang agak tinggi, jadi kita cuba agar jangan tinggalkan seseorang pun (daripada menerima bantuan).

“Penduduk yang menerima sumbangan hari ini telah dikenal pasti sebagai antara yang amat memerlukan bantuan, kita nak ringankan sedikit beban (kos sara hidup) mereka sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi,“ jelasnya.

BACA LAGI: Seniman veteran Jalil Hamid terima sumbangan daripada PM Anwar

Terdahulu Wan Azizah dalam ucapannya berkata Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak akan terus melaksanakan usaha membantu semua komuniti di kawasan tersebut.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada komuniti Cina di Bandar Tun Razak khususnya,“ katanya.

Related Articles

Back to top button