Umum

Kerajaan beri Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam RM2,000, pesara RM1,000

Berita baik buat penjawat awam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 23 Februari ini.

Anwar berkata, bayaran insentif sebanyak RM2,000 diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak manakala pesara pula akan menerima sebanyak RM1,000.

“Sukacita saya maklumkan bayaran insentif RM2,000 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah serta RM1,000 kepada Jawatan Utama Sektor Awam akan disalurkan pada 23 Februari ini.

“Saya juga menjangka pelarasan gaji penjawat awam akan dapat diselesaikan selewatnya dua bulan dari sekarang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau memaklumkan demikian ketika hadir ke Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Menteri Kewangan di Putrajaya pada Selasa.

Anwar berkata, bantuan kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM1,000 akan tetap diteruskan.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan bayaran insentif kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak pada akhir Februari depan menerusi perbentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, bayaran insentif bernilai RM1,000 pula akan diberi kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak, termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform.

Related Articles

Back to top button