Semasa

KSM bakal bertemu Fahmi Fadzil, bincang kaedah perlindungan Perkeso untuk ‘stringer’

Kementerian Sumber Manusia bercadang memperluas liputan perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada pekerja dan wartawan sambilan atau ‘stringer’ dalam industri media dan industri kreatif.

Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bagi membincangkan kaedah perlindungan yang bersesuaian termasuk menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang memberikan perlindungan kepada individu yang bekerja sendiri.

Tambahnya, dianggarkan ketika ini terdapat kira-kira 30,000 individu terbabit dalam pekerjaan itu dalam negara.

“Sebab kita tahu terutamanya untuk pekerja industri media dan kreatif ini, waktu kerja mereka tidak tentu… dan mungkin ada insiden yang mendedahkan pekerja ini kepada bahaya di tempat kerja.

“Jadi kita faham ada keperluan mendesak untuk memberikan perlindungan kepada kumpulan ini.

“Saya sudah menghubungi saudara Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi dan beliau juga mempunyai pendirian sama. Kita akan bertemu dalam waktu terdekat untuk membincangkan kaedah-kaedah untuk memperluaskan liputan perlindunganterutamanya kepada pekerja dalam sektor media dan industri kreatif,” katanya.

BACA LAGI: Sarawak jadi tuan rumah HAWANA 2024

Terdahulu Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit mertajam melawat dan menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kementeriannya bersama Perkeso kepada petugas bilik berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Marlia Mohamed, 43, di Shah Alam pada Isnin.

Difahamkan, Marlia mengalami hilang upaya kekal berikutan penyakit diabetis yang dihadapinya sejak 2009.

Related Articles

Back to top button