Semasa

PM Anwar dedah pernah bangkit isu Spanco ketika jadi Menteri Kewangan era 90-an

Perdana Menteri menyifatkan kontrak perolehan bagi membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan dikendalikan Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebagai merugikan negara.

Menerusi ucapan pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada Isnin, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu pernah disuarakan beliau sewaktu menjadi Menteri Kewangan ketika era 90-an lalu.

Malah tambahnya, kontrak diberikan kepada syarikat itu juga tidak menyenangkan penjawat awam yang menggunakan kemudahan berkenaan

“Saya tidak tahu di mana salahnya, tetapi saya tahu peraturan itu tidak betul, saya tahu ia merugikan negara.

“Saya tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam, tetapi kita lesu, tidak berupaya berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak,” kata beliau.

Isu membabitkan Spanco menjadi perhatian apabila media melaporkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang memperoleh kontrak membekal dan menguruskan ‘fleet’ kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

BACA LAGI: Kerajaan sekarang tidak akan bertolak ansur sekiranya terlibat rasuah – PM Anwar

Difahamkan, beberapa saksi penting termasuklah daripada agensi kerajaan serta individu dari syarikat terbabit telah dirakam keterangan.

SPRM juga turut menyerbu kediaman dan syarikat ahli perniagaan berusia lingkungan 70-an itu serta merampas dokumen berkaitan kewangan bagi membantu siasatan selain membekukan akaun bank yang bernilai jutaan ringgit.

Related Articles

Back to top button