Umum

Ahli Parlimen Batu dilantik Pengerusi MITRA yang baharu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pelantikan ini adalah bagi menggantikan Datuk Ramanan Ramakrishnan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Perdana Menteri berharap pelantikan ini dapat memastikan MITRA terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosio-ekonomi masyarakat India,” kata kenyataan itu lagi.

Prabakaran merupakan Ahli Parlimen Batu dan telah memenangi kawasan tersebut untuk penggal kedua.

Beliau turut menempa sejarah sebagai Ahli Parlimen termuda apabila memenangi kawasan tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Related Articles

Back to top button