Nasional

Calon pengganti Ketua Pengarah J-KOM akan dimuktamadkan – Fahmi

Calon Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) telah disenarai pendek di peringkat pentadbiran sebelum lantikan dimuktamadkan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, pihaknya sedang dalam proses untuk membuat pelantikan ia akan diumumkan selepas semua proses berkaitan selesai.

“Kita akan umumkan nanti setelah selesai keseluruhan proses,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, apa yang lebih penting sebenarnya adalah rombakan keseluruhan yang dilakukan terhadap struktur jabatan itu berpandukan mesyuarat hala tuju strategik kementerian bagi tahun 2024-2025.

“Sebenarnya yang lebih penting daripada pelantikan Ketua Pengarah J-KOM ialah kita sekarang dalam proses merombak keseluruhan struktur itu.

“Ia menjadi keutamaan kementerian untuk menyelaraskan semula jabatan ini dan ia perlu disuaimanfaatkan di selaraskan semula beberapa tindakan gerak kerja dan fungsi berpandukan kepada kami di peringkat kementerian.

“Ia juga selepas mengambil kira keputusan yang telah dibuat dan saya telah sebutkan perkara ini didalam perhimpunan bulanan semalam maka antara lain, fungsi J-KOM tidak akan berfungsi seperti sebelum ini,” katanya.

Related Articles

Back to top button