ekonomi

Dasar domestik kritikal, kerajaan tumpu tatakelola lebih baik – PM Anwar

Dasar domestik sangat kritikal dalam usaha kerajaan membangunkan kedudukan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, adalah penting untuk kerajaan, terutama sekali Kementerian Kewangan menumpukan sepenuh perhatian kepada tatakelola serta pengurusan ekonomi yang baik bagi mengelakkan ketirisan dan mempercepat proses kelulusan pembangunan.

“Untuk keluarga Kementerian Kewangan, kita tidak boleh lari daripada fokus yang sedemikian,” katanya pada ucapan di Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan pada Selasa.

Mengulas lanjut Anwar turut menegaskan, reformasi yang dilaksanakan dalam mengurangkan ketirisan dan meningkatkan tadbir urus kerajaan.

Justeru ia jelasnya membolehkan kerajaan memperkasakan bantuan kepada rakyat, termasuk penyelarasan gaji penjawat awam dan kebajikan rakyat.

Sementara itu, beliau berkata negara memerlukan ruang fiskal yang mencukupi bagi menjamin kesejahteraan dan pada masa yang sama, darjat hidup rakyat dapat ditingkatkan.

Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar terpaksa mendepani kekangan fiskal setelah mewarisi hutang negara yang mencecah RM1.2 trilion iaitu hampir 65 peratus keluaran dalam negeri kasar ditinggalkan pentadbiran terdahulu.

BACA LAGI: PM Anwar beriltizam mereformasi ekonomi, julang kembali darjat rakyat

Beliau dalam satu hantaran di laman sosial sebelum ini berkata, pentadbirannya beriltizam untuk mereformasi ekonomi negara bagi menjulang kembali darjat rakyat.

Related Articles

Back to top button