Semasa

KKM umum peruntukkan RM1.5 juta, tambah katil di Hospital Raja Permaisuri Bainun

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan peruntukkan RM1.2 juta bagi menambah bilangan katil di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Ditemui pemberita selepas perasmian Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi (KWKK) HRPB oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam, Dr Dzulkefly berkata, peruntukan itu bagi perolehan kira-kira 250 set katil termasuk menggantikan kemudahan katil yang uzur.

“Walaupun ada penambahan lebih 400 katil menerusi pengoperasian Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi (KWKK), kita (KKM) tambah peruntukan bagi membolehkan hospital beroperasi secara penuh (maksimum),” jelasnya.

Sementara itu, Dzulkefly turut memaklumkan, kerja-kerja menaik taraf Hospital Kuala Kangsar sedang dalam proses penawaran tender.

BACA LAGI: KKM beri jaminan selesai segera isu kesesakan di Hospital Sultanah Aminah

Bagi tujuan itu jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan pemantauan pelaksanaan bagi memastikan projek itu dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Sebagai rekod, Kuala Kangsar merupakan antara 26 hospital berusia hampir seabad yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 untuk dinaik taraf selain Hospital Jelebu di Negeri Sembilan dan Hospital Pontian di Johor.

Related Articles

Back to top button