Semasa

KPM kerjasama dengan KKM bendung pengambilan ‘energy stick’ di kalangan pelajar

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengambil maklum isu berkaitan pengambilan produk penyedut hidung atau ‘energy stick’ dikalangan pelajar sekolah seperti dibangkitkan baru-baru ini.

Ditemui Pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan 2024 di Nilai pada Selasa berkata, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memberi perhatian serius dan bekerjasama membendung perkara itu.

“Saya minta ibu bapa dan sekolah ambil perhatian isu ini. Pelajar pula jangan ambil (energy stick), tumpukan kepada pendidikan dan kesihatan, luangkan masa dengan melakukan program berfaedah serta jangan ambil benda yang memberi kesan kepada kesihatan kita.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah ambil tindakan. Kementerian Pendidikan (KPM) ambil semua pandangan, sebab itu kita (KPM) sokong apa sahaja tindakan dan bekerjasama dengan KKM untuk pastikan ia (pengambilan energy stick) dapat dikawal dan ditangani sebaiknya,” katanya.

Public Health Malaysia (PHM) memaklumkan produk pemula yang boleh mejerat pengguna kepada vape dan dadah itu adalah terkini di pasaran dan mula popular dalam kalangan pelajar selain dijual dengan harga serendah RM2.50 hingga RM10.

BACA LAGI: KKM bakal bendung penggunaan ‘energy stick’

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad baru-baru ini mengakui pihaknya menerima aduan mengenai pengambilan ‘energy stick’ dikalangan pelajar.

Kementerian tegasnya akan mengambil tindakan segera berhubung produk itu yang giat dijual dan dipromosikan menerusi media sosial.

Related Articles

Back to top button