Unit Polis Pelancong diaktifkan semula selepas tiga tahun terhenti
Unit Polis Pelancong (UPP) diaktifkan semula selepas tidak beroperasi selama tiga tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman berkata seramai 120 anggota polis akan diberi kursus bagi meningkatkan profesionalisme mengendali pelancong.
Jelasnya lagi, sejak beroperasi semula pada 2 Oktober tahun lalu, hanya 33 kes jenayah membabitkan mangsa pelancong asing direkodkan.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (IPK) Kuala Lumpur Rozaiman berkata, Polis Diraja Malaysia akan pantau situasi semasa sekiranya ada keperluan menambahkan bilangan anggota unit itu.
Malah berhasrat meluaskan lagi inisiatif ini di beberapa negeri lain termasuk Pulau Pinang, Johor dan Melaka.
Perkhidmatan premis Polis Pelancong yang beroperasi bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.