Negeri

8,000 penjawat awam terima bonus pada 20 Febuari ini – Wan Rosdy

Kerajaan Pahang akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada kira-kira 8,000 orang penjawat awam pada 20 Februari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu hasil mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang yang diadakan pada Rabu.

Menurutnya, BKK itu membabitkan pembayaran secara one-off sebanyak sebulan setengah gaji dengan bayaran minimum sebanyak RM2,000 kepada setiap akaun penerima.

“Ia seperti mana yang telah diumumkan pada Pembentangan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2024 pada 4 Disember 2023 yang lalu.

BACA LAGI: Negeri Sembilan peruntukkan RM11.8 Juta untuk perkasa sektor pendidikan

“Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan di mana jumlah keseluruhan peruntukan bagi membabitkan RM39.6 juta,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Wan Rosdy berharap menerusi pemberian itu, penjawat awam di negeri Pahang akan lebih bersemangat untuk melaksanakan setiap tugas yang telah diamanahkan, seterusnya memastikan pengurusan Kerajaan Negeri Pahang menjadi lebih dinamik, mampan serta berdaya saing.

Related Articles

Back to top button