Semasa

Berpada hasilkan kandungan podcast, jangan langgar batas undang-undang, tegas Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan mana-mana pengenali audio siar atau podcast agar tidak menghasilkan kandungan yang melanggar batas undang-undang.

Bercakap dalam satu sidang media pasca Kabinet di Putrajaya pada Rabu, beliau menasihati penyedia kandungan platform audio siar agar berpada-pada dan melakukan kawalan kendiri dalam mencipta kandungan.

Walupun orang ramai berhak untuk bersuara dan ia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia ada batasnya.

“Peringatan kepada semua podcast, setakat ini kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan kawal selia ke atas kandungan yang dihasilkan.

“Tapi sekiranya adab dan batas ada keterlanjuran, maka sekiranya pihak kerajaan menilai dan meneliti, jika ada keperluan, kita akan ambil tindakan,” katanya.

BACA LAGI: Kerangka Strategik Kementerian Komunikasi bakal dibangunkan – Fahmi

Terdahulu, Fahmi memaklumkan pihaknya tidak mengesan sebarang video yang memaparkan rakaman platform audio siar (podcast) yang menjemput seorang lelaki yang sebelum ini didakwa atas kesalahan mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Menurut Fahmi, berdasarkan dapatan awal, berkemungkinan video tersebut tidak dimuat naik atau sudah diturunkan oleh platform terbabit.

Related Articles

Back to top button