Anwar

PM Anwar ucap selamat Tahun Baru Cina, harap Tahun Naga bawa simbol kekuatan dan karisma

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu lusa.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik buat rakyat sekali gus mencapai cita-cita dan harapan negara bagi sektor ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Salam sejahtera, saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada masyarakat Cina, supaya tahun ini disambut dengan gembira dengan keluarga dan dengan damai.

“Mudah-mudahan tahun ini tahun yang bahagia dan tahun-tahun berikutnya lebih bahagia,” katanya dalam satu rakaman video di Facebook miliknya pada Khamis.

Tambahnya, kedatangan Tahun Naga dalam kalendar kaum Tionghua juga membawa maksud kekuatan dan karisma selain sifat kreativiti dan keyakinan.

“Di pihak kerajaan, kerja kita akan lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya.

“Ekonomi mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan, kebejatan (kerosakan) mesti dijauhkan serta perpaduan diperkukuhkan,” katanya.

Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina pada Sabtu dan Ahad ini.

Dalam kalendar Cina, terdapat 12 binatang mewakili zodiak pada setiap tahun dan tahun ini merupakan giliran naga.

Related Articles

Back to top button