Anwar

PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Azraai Khor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara Mohd Azraai Khor Abdullah yang disahkan meninggal dunia selepas diserang strok, hari ini.

Beliau yang menyifatkan Allahyarham sebagai bekas pemain kebangsaan dan jurulatih disegani, berkata sudah pastinya jasa dan sumbangan Allahyarham kepada dunia bola sepak negara akan dikenang terutamanya buat penyokong Kedah apabila membawa pasukan itu muncul juara double treble pada 2007 dan 2008.

“Moga keluarga Allahyarham sabar dan tabah menempuh dugaan ini.

“Dititipkan doa agar Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Allahyarham yang nama asalnya Khor Sek Leng merupakan bekas pemain Kedah era 1970-an dan pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978.

Azraai yang dianggap sebagai antara jurulatih disegani dalam kancah bola sepak Malaysia pernah membimbing beberapa pasukan termasuk Kedah, Harimau Muda A, Negeri Sembilan, T-Team dan Kelantan.

Related Articles

Back to top button