Semasa

Usaha penggabungan Mavcom, CAAM masih dalam perbincangan – Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan, penggabungan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai satu agensi tunggal kawal selia penerbangan masih dalam peringkat perbincangan.

Ditemui pemberita selepas pelepasan penumpang Batik Air dari Kuala Lumpur ke Sibu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di Sepang pada Rabu beliau berkata, perkara itu dijangka dibawa ke Parlimen tahun ini, sama ada pada sesi kedua atau ketiga.

Oktober lalu Loke berkata, kementeriannya kementerian itu sedang mengambil beberapa langkah perlu untuk penggabungan kedua-dua badan itu sebagai pengawal selia tunggal bagi aspek teknikal dan ekonomi.

Jelasnya, penggabungan itu perlu melalui satu proses yang panjang, bukan sekadar meminda undang-undang tetapi perlu menggabungkan operasi.

BACA LAGI: Syarikat penerbangan berdepan tindakan sekiranya tidak tepati waktu

“Kita perlu pertamanya, memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 dan meminda Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 untuk kita gabungkan kuasa kepada CAAM,” jelasnya dipetik laporan media.

Sebagi rekod, Malaysia merupakan satu daripada beberapa negara yang mempunyai dua pengawal selia penerbangan iaitu Mavcom dan CAAM.

Ketika ini Mavcom menyelia bahagian kewangan, komersial dan ekonomi syarikat penerbangan, manakala CAAM melihat aspek teknikal.

Related Articles

Back to top button