2,200 petugas KPDN ditugaskan pantau harga sepanjang pelaksanaan SHMMP – Fuziah Salleh
Sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2024, seramai 2,200 penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) ditugaskan bagi menjalankan pemantauan.
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata, langkah itu bagi memastikan peniaga mematuhi arahan diberikan oleh kerajaan.
”Pelaksanaan penugasan di lapangan membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.
”Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya ketika mengadakan tinjauan di sebuah pasaraya di Kuantan pada Khamis.
SHMMP dilaksana bermula 6 Febuari sehingga 14 Febuari ini.
Ia dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.
Sementara itu menurut Fuziah, seramai 137 peguatkuasa KPDN Pahang akan turun padang bagi memantau bekalan makanan, harga barang dan membanteras aktiviti pencatutan di negeri itu.
BACA LAGI: SHMMP Tahun Baru Cina, KPDN Kuala Lumpur bakal jalankan pemantauan
Selain itu 900 Pegawai Pemantau Harga KPDN di seluruh negara telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan sempena SHMMP yang berkuat kuasa bermula 6 Februari sehingga 14 Februari 2024.
Dalam perkembangan sama, beliau turut berkata sepanjang pelaksanaan SHMMP, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan bekerjasama bagi melakukan pemantauan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi