SPRM syak Daim ada banyak lagi harta luar negara belum diisytihar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyaki bekas menteri Daim Zainuddin mungkin mempunyai lebih banyak harta yang belum diisytiharkan kepada pihak berkuasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dipetik laporan sebuah portal pada Khamis berkata, pegawai penyiasat agensi itu baru-baru ini menerima maklumat baru mengenai aset milik Daim dan mereka kini sedang berusaha untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.
“Siasatan (terhadap Daim) masih diteruskan.
“Kita kena buat banyak pengesahan harta-harta yang tak diisytiharkan. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk menyemak harta-harta yang kita dapat maklumat tak isytiharkan,” katanya.
Dipetik laporan portal itu, Azam enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai maklumat baharu tersebut, namun menurut sumber yang rapat dengan siasatan itu menyebu ia antaranya berkaitan hartanah, saham dan akaun bank di Malaysia dan di luar negara.
BACA LAGI: Senarai lengkap aset dan harta yang didakwa tidak diisytiharkan Daim
Sementara itu Azam tidak menolak suruhanjaya itu akan memanggil Daim sekali lagi bagi membantu siasatan berhubung maklumat terbaharu itu.
anggil untuk soal siasat). Biar pegawai penyiasat kumpul (maklumat) harta-harta lain yang kita syak di dalam dan luar negara.
“Saya jangka kalau banyak maklumat lagi diperolehi, dia akan dipanggil kemudian,” katanya.