Semasa

Majlis Ulama UMNO bakal bersidang, bincang usaha perkasa undang-undang syariah

Majlis Ulama UMNO bakal bersidang dan bermuzakarah pada Khamis depan bagi membincangkan usaha-usaha memperkasakan undang-undang syariah.

Majlis Ulama UMNO dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, muzakarah itu bakal menjemput dua tokoh akademik undang-undang Islam untuk membentangkan kertas kerja sebagai panduan kepada pihaknya.

Cadangan-cadangan yang bakal dikumpul dalam muzakarah itu seterusnya akan disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan untuk tindakan lanjut.

Menurut Majlis tersebut, langkah tersebut susulan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (I) Kelantan terbatal.

BACA LAGI: Mahkamah Syariah akan kekal, terus terjamin selaras Perlembagaan Persekutuan

“Justeru, isunya ialah tentang bidang kuasa yang ada pada negeri untuk menggubal enakmen pada perkara yang tersenarai sebagai bidang kuasa Persekutuan.

“Ia adalah pertembungan bidang kuasa Negeri dan Persekutuan sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Majlis Ulama UMNO menegaskan, sangat pentingnya untuk undang-undang syariah termasuk kesalahan jenayah syariah sentiasa diperkasakan dalam negara sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Related Articles

Back to top button