Semasa

Wang hilang: mangsa mungkin kena ‘phising’, kes tiada kaitan dengan sistem PADU – Polis

Kes kehilangan wang dalam akaun bank membabitkan beberapa individu di Dungun tiada kaitan dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan dipetik laporan Bernama berkata, siasatan awal dilakukan pihaknya mendapati mangsa tertipu dengan pautan mengelirukan yang dihantar sindiket penipuan

Jelasnya, sindiket berkenaan menggunakan teknik ‘phishing’ atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam.

“Anda boleh keluarkan duit di Tabung Haji dan Bank Islam… takut scammer ini berjaya menggunakan kedua-dua pautan ini untuk kelirukan mangsa.

“Jadi bila (mangsa) salah tekan pautan sama ada menerusi Bank Islam atau Tabung Haji, jadi scammer boleh salin kata laluan dan keluarkan duit tanpa disedari mangsa,” katanya dipetik.

Terdahulu tular di media sosial kononnya berlaku kejadian duit hilang membabitkan seorang guru sekolah di Terengganu.

Kementerian Ekonomi pada Khamis menyangkal dakwaan ia ada kaitan dengan PADU.

BACA LAGI: MOF ingatkan orang ramai waspada tawaran tebus kredit eMadani melalui media sosial

Menurut kementerian tersebut, selepas semakan dibuat, tiada sebarang laporan polis berkenaan isu tersebut di Terengganu.

“Tiada juga sebarang aduan berkenaan isu tersebut di dalam sistem aduan kerajaan (SISPAA),” katanya melalui satu kenyataan.

Sementara itu kementerian itu berkata, perkara tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan seterusnya.

Related Articles

Back to top button