hiburan

Bekas vokalis Dewa-19, Once ajak rakyat Indonesia di Malaysia tunaikan tanggungjawab mengundi

Bekas vokalis Dewa-19, Once Mekel mengharapkan rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia dapat keluar mengundi awal pada Ahad sempena Pilihan Raya Umum 2024 (Pemilu 2024).

Once, 53, calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat mengajak rakyat Republik itu yang berada di Malaysia dapat menjalankan tanggungjawab mereka.

Once yang merupakan calon nombor 2 mengharapkan agar ada keputusan terbaik buat dirinya.

Dianggarkan kira-kita 125 calon bertanding di daerah DKI Jakarta II, termasuk selebriti, bekas menteri, ahli akademik dan pemimpin parti politik.

Sebelum ini, Duta Besar Indonesia, Datuk Hermono berkata, enam pusat pengundian akan dibuka pada Ahad bagi proses undi awal untuk pemilih berdaftar di Malaysia iaitu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur melibatkan 222,945 pemilih, Johor Bahru (2,684), Pulau Pinang (5,375), Kota Kinabalu (2,811), Tawau (20,247) dan Kuching (2,988).

Jelasnya, pemilihan melalui peti undi bergerak turut dijalankan di komuniti penempatan warga Indonesia serta kilang dan ladang yang bermula 1 Februari lepas hingga Sabtu.

Dianggarkan kira-kira 240 juta rakyat Indonesia akan keluar mengundi yang dijadualkan berlangsung pada 14 Februari depan.

Related Articles

Back to top button