ekonomi

Kabinet tetapkan beberapa fokus bagi kembalikan status Malaysia negara disegani 

Kabinet telah menetapkan beberapa perkara dalam aspek pembangunan ekonomi untuk diberi penekanan dan dilaksanakan pada tahun ini, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antaranya termasuk meningkatkan pelaburan dan mengembangkan keupayaan negara dalam semua bidang seperti pendidikan, kesihatan dan kebudayaan.

Langkah itu jelasnya seiring fokus Kerajaan Madani untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi bagi mengembalikan semula status Malaysia sebagai sebuah negara disegani di rantau ini.

“Dengan kestabilan politik dan kerajaan Madani yang kukuh, kita mesti menumpukan kepada pembangunan ekonomi, meningkatkan pelaburan dan mengembangkan keupayaan kita dalam semua bidang.

“Bagi 2024 ini, Kabinet sangat fokus untuk memastikan semua tumpuan itu dilaksanakan agar Malaysia kembali menjadi negara yang hebat dan disegani di rantau ini,” katanya.

BACA LAGI: Malaysia boleh jadi negara maju, namun rasuah mesti dihapuskan

Anwar berkata begitu dalam ucapan di majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada Sabtu.

Sementara itu menyentuh mengenai hubungan dengan China, Anwar juga Menteri Kewangan berkata, hubungan Malaysia-China kini pada tahap strategik dan membanggakan.

mampu membawa lebih banyak pelaburan ke negara ini, malah hubungan baik kedua-dua negara akan terus dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat.

“Kita gunakan sejarah panjang hubungan Malaysia-China untuk tunjukkan ia merupakan hubungan yang aman dan sekarang kita tumpu hubungan ekonomi.

“Seperti yang kita sebut, China antara negara utama yang melabur dalam sektor ekonomi di negara ini dan sekarang kita terus kembangkan hubungan itu meliputi bidang pendidikan, kebudayaan, kerjasama antara universiti serta dengan syarikat-syarikat besar negara terbabit,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button