Semasa

Petisyen Nik Elin: Pengerusi PN sebar berita palsu – Fahmi

Kenyataan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid palsu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan perkara itu sebagai respons kepada dakwaan Muhyiddin bahawa susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat membatalkan 16 peruntukkan di bawah bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 telah menyebabkan beberapa perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di negeri ditadbir PAS itu.

“Muhyiddin sebar berita palsu,” kata Fahmi menerusi laman X.

Semalam, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

BACA LAGI: Kenyataan Takiyuddin seolah cuba perkecil usaha Raja-raja Melayu – Amidi Abdul Manan

Sementara itu, kenyataan Muhyiddin turut dikritik peguam Liyana Marzuki.

Liyana melalui ciapannya menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen Pagoh itu sangat dangkal dan palsu.

“Kalau nak buat kenyataan, banyakkan lah membaca dan semak fakta. Kalau takpun bertanya lah pada yang pakar,” tegasnya.

Related Articles

Back to top button