Negeri

Selangor bakal perkenal dasar ekonomi kreatif

Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenal dasar ekonomi kreatif bagi membangunkan usahawan bidang berkenaan agar lebih mampan dan berdaya maju.

Exco terbabit, Najwan Halimi berkata, dasar itu dirangka selepas mengambil kira pandangan pemain industri seni digital dan pemegang taruh melalui sesi libat urus yang bakal diadakan.

“Kita akan kumpulkan pemain industri dan pemegang taruh untuk dapatkan maklum balas dan keperluan mereka melalui sesi Simposium Ekonomi Kreatif Negeri Selangor.

“Menerusi simposium ini, Kerajaan Negeri boleh lihat apa bidang dan keperluan yang boleh dibantu untuk penggiat industri kreatif,” kata Mohd Najwan Halimi ketika hubung

“Segmen ekonomi kreatif menjadi keutamaan Kerajaan Negeri kerana mereka kurang disantuni, kita ingin pastikan pemain industi yang berpontensi dan berbakat ini tidak ketinggalan,” kata Najwan Halimi.

Beliau berkata begitu ketika merasmikan Majlis Pameran ‘Beyond by Bold 2024’ Seni Grafik dan Media Digital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam semalam.

Beliau turut menjangkakan sesi libat urus itu dapat diadakan pada April ini.

BACA LAGI: Negeri Sembilan peruntukkan RM11.8 Juta untuk perkasa sektor pendidikan

Sementara itu tambahnya, Kerajaan Negeri akan melancarkan Dana Usahawan Madani Selango pada bulan ini.

Dana berjumlah RM2 juta itu bertujuan untuk menggalak pemain industri seni digital mengembang inovasi mereka.

“Sebelum ini Kerajaan Negeri sediakan Dana Usahawan Mikro yang kita telah perkemaskan kepada Dana Usahawan Madani Selangor.

“Kita akan kembangkan pemberian dana melalui skop baharu ini bukan sahaja kepada usahawan konvensional seperti pembuatan makanan yang diberikan geran malah kita akan luaskan kepada pemain industri ekonomi kreatif ini,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button