Skuad teakwondo negara tuai pingat di Terbuka Kanada 2024
Skuad taekwondo negara menampilkan aksi cemerlang di kejohanan Terbuka Kanada 2024.
Atlet berpasukan lelaki negara dibarisi Jason Loo, Ken Haw Chin dan Randy Owen Augustine Linggi menyumbang pingat emas buat skuad negara selepas meraih 8.449 mata.
Mata diraih sekaligus mengatasi Amerika Syarikat di tempat kedua (8.183 mata) manakala wakil tuan rumah meraih gangsa dengan 8.049.
Bagaimanapun pasukan wanita bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Meskipun meraih jumlah mata yang sama dengan pemenang pingat emas Mexico (8.199), skuad wanita yang dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Wong Zin dan Seah Jin Ying terpaksa akur selepas dibezakan 0.5 markah persembahan bagi penentuan juara.
Gangsa pula menjadi milik pasukan Kanada.
BACA LAGI: KBS anjur sesi meja bulat, galak pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas
Skuad negara sekali lagi meraih pingat dalam poomsae berpasangan campuran
gandingan Randy Owen-Jin Ying yang mencatatkan 8.282 mata keseluruhan berjaya meraih pingat gangsa.
Emas dimenangi wakil Kanada Ivan Leung-Cheuk Holly Hoi Ling dengan 8.582 mata manakala perak dimenangi Ryan Real-Kryn Real (8.366) dari Amerika Syarikat.