Nasional

Audit berkualiti ke arah ketelusan sistem pengurusan zakat – Ketua Audit Negara

Jabatan Audit Negara dalam usaha untuk mengurangkan isu berkaitan pengurusan kewangan bagi memelihara integriti dan kredibiliti pengurusan zakat.

Ketua Audit Negara berkata ia termasuk memberikan pendedahan tentang ciri-ciri penyata kewangan yang teratur dan mengukuhkan kefahaman berkenaan perekodan item dalam penyata kewangan.

Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata pengauditan turut termasuk daripada pegawai-pegawai kewangan Majlis Agama Islam serta agensi berkaitan pengurusan baitulmal, zakat dan wakaf.

“Jabatan Audit Negara berperanan sebagai ‘check and balance’ (semak dan imbang) untuk meningkatkan ketelusan pengurusan zakat dan keyakinan pemegang taruh terutamanya pembayar zakat,” katanya pada Majlis Peluncuran Kursus Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek Negeri Sembilan, hari ini.

Hadir dalam majlis peluncuran tersebut adalah YBrs. Puan Nor Yati Binti Ahmad, Akauntan Negara Malaysia; YBhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad Bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM; YBrs. Encik Ramlan Bin Awang Ali, Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah, Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara serta wakil-wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri.

Turut hadir ialah Akauntan Negara Malaysia, Nor Yati Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Datuk Zamani Ahmad Mansor, Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah, Ramlan Awang Ali, Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara serta wakil-wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak lapan Majlis Agama Islam telah diberikan Sijil Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Tahun 2022.

“Majlis Agama Islam tersebut adalah Majlis Islam Sarawak, Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

“Termasuk Majlis Ugama Islam Sabah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah,” katanya.

Wan Suraya turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Akademi Audit Negara atas kejayaan untuk menjalinkan kerjasama daripada segi latihan dengan mengadakan kursus berkaitan penyata kewangan kepada pegawai di peringkat kerajaan negeri.

Related Articles

Back to top button