Semasa

Yang di-Pertuan Agong santap minum petang bersama Anwar

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa mencemar duli bagi meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dipetik laman Facebook rasmi, baginda Seri Paduka Baginda memandu sendiri dari Istana Negara bersama Perdana Menteri ke Restoran Paul di Pavilion Kuala Lumpur.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri meluangkan masa menyaksikan persembahan tarian singa bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

BACA LAGI: Kerajaan beriltizam penuhi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Terdahulu,Baginda berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Negara .

Anwar dalam hantaran di Facebook memaklumkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara itu adalah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet.

Related Articles

Back to top button