Teknologi

Asian Medtec 2024: Malaysia jadi pusat industri peranti dan teknologi perubatan terkini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik usaha Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk menjadikan negara ini sebagai pusat inovasi teknologi dan peranti perubatan terkini, sekali gus tuan rumah kepada acara Asian’s International Medical Technology Exhibition and Conference (Asian Medtec 2024).

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 hingga 12 Disember depan di Pameran dan Persidangan Antarabangsa, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut kementerian itu, pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Tahunan Global Harmonization Working Party (GHWP) yang ke-28.

“Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah mesyarat GHWP memberi isyarat penglibatan negara melalui MDA dalam landskap teknologi dan peranti perubatan antarabangsa semakin meningkat.

“Nilai pasaran teknologi dan peranti perubatan global dianggarkan sebanyak AS$536 bilion (RM2,562 bilion) menurut firma penyelidikan pasaran, Statista.

“Penganjuran acara dan program seperti ini sejajar dengan New Industrial Master Plan 2030 (NIMP2030) untuk mendorong negara ke arah menjadi antara pemain utama sektor ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu MDA turut mendapat kerjasama beberapa persatuan utama antaranya Persatuan Peranti Perubatan Malaysia (MMDA), Persatuan Pengilang Peranti Perubatan Malaysia (Perantim), Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI), Persatuan Industri Pergigian Malaysia (MDIA) dan Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma).

MDA turut mengharapkan agar program terbabit dapat dijadikan sebagai acara tahunan bagi meningkatkan industri peranti dan teknologi perubatan di Asia.

Related Articles

Back to top button