Semasa

Menteri KDN hargai pengorbanan anggota Maritim Malaysia

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kerjaya dan tugas sebagai penguat kuasa Maritim Malaysia sangat penting kerana melindungi perairan dan kedaulatan negara.

Oleh itu jelasnya, seluruh rakyat Malaysia tegasnya meletakkan harapan besar kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk mengawal perairan negara yang berkeluasan 556,285 kilometer persegi daripada segala ancaman jenayah laut.

”Justeru seluruh pegawai dan anggota Maritim Malaysia perlu sentiasa siapsiaga memberikan khidmat dan bakti kepada negara kerana tugas dan tanggungjawab ini akan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT,” katanya ringkas.

Saifuddin sebelumnya hadir ke majlis bacaan yasin dan doa selamat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke- 19 (HUT19) Maritim Malaysia di Masjid Mustaghfirin, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan malam tadi.

BACA LAGI: Aset ATM sentiasa dikemas kini bagi memantapkan kawalan sempadan negara

Majlis itu dihadiri lebih 500 jemaah yang terdiri daripada pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah hadir pada majlis bacaan yasin dan doa selamat malam ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Saiful Lizan Ibrahim serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa

Terdahulu majlis tersebut telah dimulakan dengan sesi Ceramah Agama oleh Dr. Ahmad Irfan Ikmal Hisham, dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan ceramah bertajuk “Israk Mikraj Suatu Perjalanan Agung Rasulullah SAW Suatu ketahanan Jiwa dan Spritual Rasulullah SAW sebagai mentor perjuangan Maritim Malaysia.

Related Articles

Back to top button