Semasa

MoF nafi dakwaan fitnah Nurul Izzah dibayar RM35,000 sebagai penasihat Laksana

Dakwaan mengatakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) merupakan pembohongan.

Kementerian Kewangan (MoF) melalui satu kenyataan menegaskan, perjanjian sah ditandatangani Nurul Izzah adalah untuk memberikan khidmat nasihat kepada Laksana secara ‘pro bono’ atau tanpa mengambil imbuhan kewangan mahupun sebarang faedah, sepertimana dimaklumkan kepada umum.

“Hantaran yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu dan fitnah semata-mata.

“Dokumen perjanjian yang diuar-uarkan di media sosial merupakan sebuah draf tawaran tidak sah,” katanya menerusi satu ciapan di platform rasmi X (Twitter), MoF pada Rabu.

BACA LAGI: Hantaran fitnah terhadap Nurul Izzah, AMK lapor polis

Terdahulu, muncul hantaran fitnah oleh pengguna Facebook yang mendakwa Nurul Izzah kononnya menerima gaji RM35,000 sebagai penasihat Laksana.

Fitnah itu juga mendakwa Nurul Izzah diperuntukkan dua kakitangan, yang dibayar antara RM5,000 dan RM20,000.

Susulan itu, Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai memaklumkan peguamnya akan membuat laporan minggu depan selepas sambutan Tahun Baharu Cina berhubung fitnah yang sama.

Related Articles

Back to top button