Anwar

Jualan Rahmah dan Jualan Termurah Madani bantu selesai masalah pemasaran, elak keuntungan berlebihan orang tengah – PM Anwar

Penganjuran program Jualan Rahmah dan Jualan Termurah Madani, ‘Khidmat Demi Rakyat’ secara jelas memberi impak positif kepada segenap lapisan masyarakat dalam meringankan beban kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bukan sahaja pengguna dapat membeli barangan keperluan harian dalam harga yang lebih murah dan berpatutan, malahan kumpulan peniaga terlibat juga mampu melonjakkan hasil pendapatan sehingga lebih dua kali ganda.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan hadir ke Program Jualan Termurah Madani, ‘Khidmat Demi Rakyat’ yang berlangsung di Lembah Makanan, Bandar Baru Perda Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini.

Anwar berkata, peranan orang tengah boleh dihapuskan menerusi jualan sedemikian oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Jualan Rahmah, Jualan Termurah Madani bantu selesai masalah pemasaran, elak keuntungan berlebihan orang tengah,” katanya ringkas kepada pemberita sambil beramah mesra dengan orang ramai pada program berkenaan.

Tambahnya, pelbagai usaha dijalankan kerajaan bagi mengawal harga barangan termasuk melaksanakan penjualan terus tanpa pembabitan orang tengah.

Antara ikan yang dijual di Jualan Termurah Madani itu ialah jenis kerisi RM10 (1kg), pelaling RM10 (1kg), siakap RM6 (seekor), lolong merah RM6 (1kg), bawal hitam RM23 (1kg) dan jenahak RM28 (1kg).

Manakala harga bagi produk laut seperti pula ialah udang merah halus RM5 (1kg), udang laut RM27 (1kg), udang harimau A RM35 (1kg),, sotong B RM28 (1kg), ketam bunga RM28 (1kg) dan kerang RM12 (1kg).

Barangan lain yang turut dijual termasuk ayam RM7.50 (1kg), daging RM32 (1kg), beras import RM30 (10kg), sayur-sayuran, buah- buahan dan barangan kering lain yang dijual di bawah harga pasaran.

Related Articles

Back to top button