Semasa

Kerajaan akan terus perkukuh dasar pendidikan tahfiz – Dr Mohd Na’im

Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha memperkukuh dasar serta program pendidikan tahfiz dalam negara.

Menteri berkaitan, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar melalui satu berkata, usaha itu selaras apa yang dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengulas mengenai perkara itu Mohd Na’im berkata, ia termasuk penekanan kepada penguasaan mata pelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahfiz agar fasih dan berkemahiran untuk mentafsirkan ayat-ayat suci al-Quran secara tepat.

Sementara itu katanya, jabatan Hal Ehwal Islam turut menjunjung titah baginda Sultan agar perbezaan pandangan diselesaikan secara musyawarah.

Jabatan itu juga akan sentiasa memberi ruang penuh kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

BACA LAGI: 10,843 Tabika Kemas bakal laksanakan program pra tahfiz

“Jabatan ini juga menjunjung tinggi titah Sultan Selangor supaya setiap perbezaan pandangan perlulah diselesaikan secara musyawarah dan tertutup serta meraikan perbezaan pandangan secara ilmiah dan berhemah

“Kesemua cadangan Jawatankuasa Khas ini akan dikemukakan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan seterusnya diangkat kepada Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi dan diperkenankan,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button