Negeri

POC bangun tiga lagi taman perindustrian, rancak pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedang giat membangunkan tiga lagi taman perindustrian di negeri itu dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi sektor perindustrian.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata tiga taman perindustrian itu terletak di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang mula dibangunkan sejak 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2031.

Pembangunan itu jelasnya melibatkan kos pelaburan termasuk pembangunan infrastruktur di situ berjumlah RM3.2 bilion

“Bagi meneruskan legasi kegemilangan PDC, ia kini giat membangunkan tiga lagi taman perindustrian iaitu Bandar Cassia Technology Park (BCTP) seluas 154.6 hektar, Batu Kawan Industrial Park 3 (BKIP3) (251.7 hektar) dan South Penang Science Park (SPSP) (70.5 hektar), kesemuanya melibatkan kos pelaburan RM3.2 bilion.

“Tiga projek itu dimulakan pada 2022. Kerja-kerja tanah dan infrastruktur juga telah dijalankan bagi projek BKIP3 majlis pecah tanah yang dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok,“ katanya dalam satu sidang media pada Khamis.

BACA LAGI: Pulau Pinang peruntukkan RM15 juta bina bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah

Chow yang juga Pengerusi PDC berkata setakat ini, perbadanan itu sebanyak sembilan taman perindustrian dengan keluasan kira-kira 6,100 ekar telah berjaya dibangunkan dan menempatkan sebanyak 350 syarikat multinasional dan syarikat tempatan serta turut menawarkan peluang pekerjaan kepada orang ramai.

“Selain terlibat dalam pembangunan kawasan perindustrian, PDC tidak dapat mengetepikan atau memperlahankan keperluan sektor utama lain seperti pembangunan perumahan, komersial, infrastruktur, logistik dan kemudahan awam yang merupakan pelengkap terhadap ekosistem sektor perindustrian di negeri ini,“ katanya.

Related Articles

Back to top button