Nasional

Kini tempoh menunggu rawatan pesakit kanser disingkatkan – Dr Dzulkefly

Tempoh menunggu bagi rawatan pesakit kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil tempoh masa selewat-lewatnya selama sebulan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun sekiranya pesakit itu dikenal pasti berdepan kecemasan rawatan akan dilakukan dengan segera.

Menurutnya, bagaimanapun ia bergantung kepada agensi perubatan KKM yang terbabit dan kes dilaporkan kerana jika terlalu gawat dan memerlukan pembedahan.

Katanya, selain hospital kerajaan KKM juga mengadakan kerjasama dengan hospital swasta bagi merawat pesakit yang berdepan kecemasan.

“Ketika ini KKM menyediakan sembilan pusat onkologi di seluruh negara bagi membantu pesakit membuat rawatan kanser,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya, hari ini.

Antara hospital menyediakan rawatan kanser terdiri dari Institut Kanser Negara (IKN), Hospital Pulau Pinang, Hospital Johor Bharu, Hospital Umum Sarawak, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Dzulkefly berkata, KKM sentiasa berusaha bagi memastikan setiap insan berpeluang mendapat akses kepada penjagaan kanser yang berkualiti dan tidak mengira apa juga keadaan setiap individu berhak mendapat peluang terbaik untuk melawan penyakit ini.

KKM telah mengambil langkah konkrit melalui Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser 2021-2025 yang akan merapatkan jurang penjagaan kanser di negara ini.

Related Articles

Back to top button