Semasa

KPM fokus usaha transformasi digital mulai tahun ini

Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada usaha transformasi digital dan pembiayaan, kata menterinya.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, itu antara pembaharuan yang mahu dilaksananya dalam melaksanakan reformasi kesihatan negara selari pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan, tahun ini.

“2024 adalah tahun untuk melaksanakannya dengan mengenal pasti fokus dan tumpuan kertas putih ini.

“Reformasi saya adalah berdasarkan dua aspek iaitu transformasi digital kesihatan termasuk sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan reformasi sistem pembiayaan kesihatan,” katanya.

BACA LAGI: KKM umum peruntukkan RM1.5 juta, tambah katil di Hospital Raja Permaisuri Bainun

Dr Dzulkefly sebelumnya hadir ke Majlis Pelancaran Kolobrasi Strategik antara KPJ Healthcare Berhad dan Pusat Akademik Kesihatan, Amerika Syarikat, Mayo Clinic di Hospital Pakar Damansara 2, Petaling Jaya pada Jumaat.

Sementara itu tambah Dr. Dzulkefly, pihaknya kini sedang mengenal pasti calon yang sesuai bagi mengisi kumpulan teknikal ‘Technical Working Group’ untuk menggerakkan agenda tersebut.

“Sudah ada perbincangan mengenai perkara ini. Jadi itu adalah yang pertama, paling kritikal adalah untuk mengenal pasti pasukan yang akan memacu perkara ini,” ujarnya.

Related Articles

Back to top button