PEDi akan dijenamakan semula – Menteri Komunikasi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini, kata Menteri Komunikasi FahmI Fadzil.
Ditemui Pemberita di Pulau Pinang pada Jumaat, Fahmi berkata penjenamaan semula itu akan melibatkan perubahan pada nama dan fungsi Pusat jalur lebar itu.
“Kementerian Komunikasi melihat penjenamaan baharu itu perlu dibuat.
“Berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan di lapangan yang mendapati orang ramai hadir ke PEDi untuk pelbagai aktiviti yang tidak melibatkan ekonomi digital,” katanya pada lawatan PEDi Taman Gelugor Indah di Bukit Gelugor.
BACA LAGI: Fahmi simpati nasib Komposer Ross Ariff, usaha bantu sedaya upaya
Mengulas lanjut langkah itu beliau berkata, ramai yang datang ke PEDi untuk mendapatkan pelbagai maklumat, antaranya mengenai geran, bantuan serta perkhidmatan kerajaan, dan ada juga PEDi yang turut melaksanakan fungsi sebagai pejabat pos.
“Bukan sekadar tukar nama, tetapi tukar fungsi sekali, sebab kita nampak contoh, pendaftaran PADU (sistem Pangkalan Data Utama).. ia dari satu sudut bukan ekonomi digital, (tetapi) ia memanfaatkan prasarana yang ada, untuk akhirnya memberi bantuan kepada rakyat,” katanya.