Anwar

Pengurusan zakat perlu dikendali dengan betul elak kepincangan – PM Anwar

Pengurusan zakat sekiranya tidak dikendalikan dengan betul, ianya boleh menyebabkan kesenjangan juga kepincangan dalam aspek pembahagian bantuan kepada kumpulan sasaran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Anwar telah menyinggung perkara berkenaan sewaktu berucap pada Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Hatta, pengurusan zakat perlu senantiasa berada di tahap baik dan cemerlang, sementelahan mengelakkan berlakunya pengagihan tidak setara sehingga ada keluarga yang langsung tidak mendapatnya.

“Begitu juga soal kemiskinan tegar, dana pendidikan dan kesihatan dimana perkara ini juga harus ditangani dengan cemerlang dan jayanya,” katanya.

Pada 7 Oktober 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, MAIWP akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, kerjasama itu penting agar tidak berlakunya pertindihan bantuan.

“Hasrat dia supaya tidak berlaku pertindihan, jadi tiada contohnya dalam konteks pertindihan ini nanti ada golongan asnaf yang miskin tadi dia dapat sampai JKM dia dapat, MAIWP dia dapat, jadi ada pula yang tertinggal.

“Jadi saya fikit dalam konteks penyelarasan ini memang saya setuju sangat maknanya dalam konteks MAIWP ini kita buat agihan zakat seperti ini, jadi saya rasa mungkin DBKL atau JKM atau mungkin boleh bertindak sebagai agensi yang ‘lead, it’s a lead’ agensi dan MAIWP sentiasa bersedia dalam konteks ini,” katanya.

Related Articles

Back to top button