Semasa

LKIM bakal baik pulih 20 rumah nelayan Johor

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberikan jaminan bahawa bekalan ikan segar untuk pasaran tempatan berada pada situasi mencukupi.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, jaminan itu boleh diberikan berdasarkan kepada peningkatan tangkapan ikan setiap tahun.

“Peratus tahap sara diri (SSL) bagi beberapa makanan bahan makanan asas termasuk ikan ketika pada tahap 90 peratus dengan keupayaan memenuhi permintaan rakyat.

“LKIM juga mempunyai pelan jangka panjang dengan mempunyai stok bekalan ikan selain berkolaborasi dengan pihak swasta yang berkaitan dengan industri ikan,” katanya.

Muhammad Faiz sementara itu memaklumkan berdasarkan kepada rekod tangkapan pada tahun 2021, sebanyak 1.75 juta tan dan ia meningkat kepada 1.85 juta tan pada tahun berikutnya.

Selain bekalan ikan tempatan, ada juga pengusaha jelasnya mendapatkan bekalan dari luar negara bagi menampung keperluan ketika tengkujuh dan musim panas ketika ini.

Terdahulu Muhammad Faiz hadir ke majlis penyampaian bantuan di bawah Peningkatan Pendapatan bagi nelayan di Pejabat LKIM Pontian pada Ahad.

BACA LAGI: Usahawan myAP hasilkan produk berasaskan ikan berjaya tembusi pasaran antarabangsa

Pada majlis tersebut, seramai 50 orang menerima insentif bantuan peralatan tangkapan ikan seperti enjin bot 40 kuasa kuda, 49 unit kotak ikan berinsulasi dan 196 unit jaring melibatkan kos sebanyak RM61,833.

Sebelum itu dalam ucapannya, Muhammad Faiz memberitahu sebanyak 20 buah rumah nelayan di Johor akan dibaik pulih serta tiga buah akan dibina melalui peruntukkan sebanyak RM10 juta yang diluluskan oleh kerajaan.

Related Articles

Back to top button