Semasa

Perkasa TVET: kerajaan bakal hantar lebih ramai pelajar ikuti pengajian ke luar negara

Kerajaan Perpaduan bercadang menghantar lebih ramai pelajar dari negara ini bagi mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan memperkasa sektor TVET tempatan sekaligus mengubah persepsi masyarakat bahawa mereka yang mengikuti pengajian itu adalah kalangan pelajar tercicir dalam akademik.

“Walaupun TVET sudah bermula sebelum merdeka, usaha-usaha daripada kerajaan sebelum ini tidak dilakukan secara berfokus.

“Maka kita mahu menukar persepsi ibu bapa dan masyarakat bahawa bidang ini sebenarnya menjanjikan pekerjaan dan kerjaya yang lebih baik,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata begitu pada majlis ramah mesra bersama kira-kira 70 pelajar Malaysia di Jepun pada Ahad bersempena lawatan kerja tujuh hari ke negara matahari terbit itu bagi memperkasa sektor pendidikan itu.

BACA LAGI: Pelajar aliran agama disaran manfaat peluang sambung pengajian dalam bidang TVET

Turut mengiringi Ahmad Zahid dalam lawatan kerja ke Jepun ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu melalui ucapannya Zahid turut memaklumkan kerajaan turut mempertimbang untuk menambah elaun sara hidup pelajar yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang itu di luar negara termasuk Jepun.

Related Articles

Back to top button