Semasa

Pihak berkuasa terus buru PATI, gempur penempatan haram

Pihak berkuasa negara ini terus melaksana penguatkuasaan tegas bagi menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Jabatan Imigresen (Imigresen) pada awal pagi semalam menggempur penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) di ladang kelapa sawit seluas 0.6 hektar di Setia Alam.

Melalui Operasi Bersepadu bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam itu, seramai 132 PATI terdiri daripada warga Indonesia dan Bangladesh berusia antara sembilan bulan dan 60 tahun. telah ditahan.

“Mereka bekerja di kawasan sekitar sebagai pekerja dobi, buruh binaan dan pekerja restoran dan telah menetap di penempatan ini sejak empat tahun lalu,” kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha.

BACA LAGI: Pengampunan PATI: Program Repatriasi Migran dilaksana mulai 1 Mac

Media melaporkan, penempatan haram yang lengkap dengan kemudahan seperti surau, kedai serbaneka, kedai makan serta bekalan air dan elektrik.

PATI dikatakan membayar sewa kira-kira RM6,000 sebulan kepada pemilik tanah sejak empat tahun lalu

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti pemilik tanah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63,” tambahnya.

Sementara itu di Seremban, Negeri Sembilan, lebih 800 warga asing diperiksa menerusi operasi bersepadu polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang dilancarkan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata serbuan hampir tiga jam itu dilakukan di lorong bangunan dan premis kosong yang merupakan kawasan tumpuan warga asing berkumpul terutamanya pada hujung minggu.

Related Articles

Back to top button