Nasional

Tempoh sah laku pasport Malaysia dikaji untuk dilanjut kepada 10 tahun – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam peringkat melakukan kajian terhadap memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia kepada 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian terbabit dibuat bagi mempertimbangkan tindakan di kebanyakan negara Asean menetapkan 10 tahun bagi tempoh sah laku pasport.

Katanya, kajian terbabit turut mempertimbangkan tempoh munasabah sekiranya keputusan terbabit dibuat.

“Jabatan Imigresen sedang dalam proses untuk melakukan kajian bagi memperkenalkan passport dengan tempoh sah laku selama 10 tahun.

“Keputusan itu akan mempengaruh pelbagai perkara termasuk reaksi orang awam,” katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Pejabat Pasport Shafbury di Putrajaya pada Isnin.

Terdahulu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengesyorkan tempoh sah laku passport Malaysia antarabangsa (PMA) ditambah daripada lima ke 10 tahun mengikut kadar bayaran sewajarnya.

Kata Presidennya, Ajeet Singh Gurbax Singh, lebih 100 negara sudah memperkenalkan sistem pasport antarabangsa menggunakan tempoh sah laku selama 10 tahun.

Related Articles

Back to top button