Nasional

Kod Etika Wartawan Malaysia dilancar, elak penularan berita palsu – Menteri

Kementerian Komunikasi melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia sebagai usaha untuk mengurangkan penularan berita palsu terutama menerusi platform digital.

Kata Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, langkah itu bagi memastikan kualiti berita dilaporkan lebih telus dan selaras dengan Kod Etika Wartawan yang diperbaharui bagi menggantikan Kod Etika Wartawan 1989.

“Ini merupakan kod yang diperbaharui menggantikan Kod Etika Wartawan 1989 iaitu 35 tahun yang lalu yang dimurnikan oleh Jabatan Penerangan.

“Kita sebagai penerima maklumat perlu meneliti dan menilai berita yang diterima untuk mengurangkan penyebaran berita palsu yang semakin pesat tersebar di dunia maya.

“Semoga kod ini dapat memberi panduan terbaik kepada pengamal media sebagai mata, telinga dan lidah dalam menyampaikan isu semasa,” katanya ketika melancarkan Kod Etika Wartawan di Dewan Serbaguna, Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada Selasa.

Fahmi turut menyatakan Kod Etika Wartawan Malaysia baharu itu terdiri daripada lapan etika utama yang ditambah baik bagi panduan pemberitaan para pengamal media.

Tambahnya, melalui Kod Etika baharu ini, ianya mampu mengangkat kualiti kewartawanan di Malaysia sekali gus meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap media.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.

Related Articles

Back to top button