ekonomi

Malaysia berjaya lalui tahun mencabar 2023 – Fahmi

Kerajaan Perpaduan akan terus berusaha untuk mengurangkan kadar defisit fiskal negara kepada 4.3 peratus pada tahun ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, defisit fiskal berjaya dikurangkan daripada 5.6 peratus pada 2022 kepada lima peratus tahun lepas.

Malaysia jelasnya telah mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tiga peratus pada suku keempat 2023 walaupun berdepan persekitaran luar yang sangat mencabar pada tahun itu.

BACA LAGI: Kementerian Kewangan yakin ekomomi 2024 akan lebih kukuh

“Kita tak nafikan, persekitaran luar sangat mencabar pada tahun 2023. Namun Alhamdulillah Malaysia telah mencatat pertumbuhan 3% pada suku keempat 2023.

“Defisit fiskal juga telah turun. Pada tahun 2022, defisit fiskal setinggi 5.6%, kini dikurangkan kepada 5.0%.,2 jelasnya.

Justeru beliau yang juga jurucakap kepada kerajaan berkata, untuk memastikan negara berada dalam landasan ekonomi yang tepat, tiga asas ekonomi iaitu pelaburan perlu diutamakan selain peluang pekerjaan baharu perlu diberi fokus dan harga barang hendaklah terkawal.

“Kalau lihat pada ketiga-tiga asas ini, insya-ALLAH kita di landasan ekonomi yang tepat… kadar pengangguran menurun, inflasi menurun dan FDI (pelaburan langsung asing) meningkat,” kata beliau.

Dalam hantaran sama Fahmi turut berkongsi infografik pencapaian perkembangan ekonomi negara bagi suku keempat 2023 yang antara lain menyaksikan jumlah FDI merekodkan pelaburan RM17.1 billion.

Related Articles

Back to top button