Anwar

Perkara 153 sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan – PM Anwar

Kerajaan akan tetap mempertahankan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan di mana Perkara 153 termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera tidak perlu disemak semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara berkenaan telah pun menjadi pegangan kerajaan selama ini.

“Kita tetap akan pertahankan kedudukan Perlembagaan, termasuk (Perkara) 153.

“Tak perlu bincang, dah ada dalam Perlembagaan,” kata Anwar kepada pemberita pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai gesaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim agar kerajaan mengkaji semula jika Perkara 153 berfungsi seperti yang diharapkan.

Perkara 153 merupakan peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

Related Articles

Back to top button