Semasa

Rafizi selesai jalani pembedahan susulan masalah stenosis

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan akan menjalani rawatan di hospital.

Berkongsikan perkembangan itu di laman X (Twitter) pada Isnin, Ahli Parlimen Pandan itu berkata sebelum itu beliau telah disahkan mempunyai masalah stenosis, yakni kewujudan tekanan daripada slipped disc dan ligamen yang memegang tulang belakang, sehingga ruang saraf mengecil dan ditekan berpanjangan.

“Alhamdulillah, pembedahan untuk memotong sebahagian ligamen dan slipped disc (untuk membuka ruang kepada saraf) berjalan baik, dan saya telah boleh berjalan semula,” kata.

Terdahulu hantaran di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaparkan kunjungan beliau yang menziarahi Rafizi di sebuah hospital, menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan kesihatan Timbalan Pengerusi Parti KEADILAN itu.

BACA LAGI: Kerajaan berhati-hati sediakan bantuan, tidak mahu usahawan Bumiputera hilang daya saing

Sementara itu melalui hantaran tersebut beliau mengucapkan penghargaan kepada orang ramai yang bertanyakan kesihatannya.

“Terima kasih kepada yang menghantar mesej. Saya selalunya tidak berkongsi mengenai perkara yang saya kira peribadi, seperti masalah kesihatan, tetapi saya juga tahu ada kawan-kawan yang bimbang. Lebih baik saya berkongsi sedikit sebanyak supaya dapat disampaikan kepada mereka yang ambil tahu,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pakar merawatnya.

Related Articles

Back to top button