Umum

Azman Adnan dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia baharu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Azman Adnan dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa pada Selasa, menggantikan Datuk Pkharuddin Ghazali yang sudah bersara.

Beliau berpengalaman memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat, menyandang jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Bagi peringkat KPM pula, Azman berpengalaman menjawat jawatan Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).

Azman merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM) memulakan kerjanya dalam bidang pendidikan sebagai seorang guru sebelum dilantik menjadi Pengetua sekolah sehingga menjadi Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.

Dengan pengalaman selama 34 tahun dalam bidang pendidikan, pihak KPM berharap agar Azman dapat memacu pendidikan negara ke arah kecemerlangan.

Related Articles

Back to top button